| Aktiviti YANEM Januari - April 2009 |
|
|
|
| Isnin, 22 Jun 2009 | |
![]() YANEM telah melaksanakan beberapa aktiviti yang melibatkan penyertaan anak nelayan di sepanjang tempoh bulan Januari hingga April 2009. Program-program ini dilaksanakan adalah secara kerjasama dengan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Persatuan Nelayan Kawasan (PNK), Persatuan Nelayan Negeri (PNN) dan juga pihak swasta serta badan-badan berkaitan. Di harap dengan terlaksananya program dan aktiviti tersebut sedikit sebanyak dapat membantu dan membimbing anak-anak nelayan ke arah kecemerlangan. Berikut merupakan program dan aktiviti YANEM sepanjang bulan Januari hingga April 2009 Sila rujuk jadual aktiviti Aktiviti YANEM Bulan Januari 2009 YANEM telah melaksanakan aktiviti yang melibatkan penyertaan seramai 100 orang anak nelayan melalui Program Digital Colouring Contest. Program ini dianjurkan dengan kerjasama C.D.C Malaysia dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia pada 15 Januari 2009 bertempat di Perkarangan Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu. PENGISIAN PROGRAM
Bagi meningkatkan kemahiran ICT dalam kegiatan pendidikan, perniagaan dan kerjaya dengan tujuan untuk kegunaan masyarakat nelayan setempat, YANEM telah wujudkan Pusat Siber Nelayan di Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (PENENTU) sebanyak 5 buah unit komputer. Aktiviti YANEM Bulan Mac 2009 YANEM telah melaksanakan beberapa aktiviti yang melibatkan penyertaan anak nelayan di sepanjang tempoh bulan Mac 2009. Program-program ini dilaksanakan secara kerjasama dengan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK). Di harap dengan terlaksananya program dan aktiviti tersebut sedikit sebanyak dapat membantu dan membimbing anak-anak nelayan ke arah kecemerlangan. Program : Kelas Motivasi Pelajar Nelayan Tarikh : 13 Mac 2009 Tempat : Dewan SMK Nenasi, Pekan, Pahang Peserta : 250 orang pelajar nelayan Tingkatan 3 dan 5 Tema : Motivasi Menjana Minda Pelajar Nelayan Kearah Kecemerlangan Kerjasama : PNK Nenasi Aktiviti YANEM Bulan April 2009 YANEM telah melaksanakan beberapa aktiviti yang melibatkan penyertaan anak nelayan di sepanjang tempoh bulan April 2009. Program-program ini dilaksanakan secara kerjasama dengan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK). Di harap dengan terlaksananya program dan aktiviti tersebut sedikit sebanyak dapat membantu dan membimbing anak-anak nelayan ke arah kecemerlangan. Program : Kelas Motivasi Pelajar Nelayan Tarikh : 04 April 2009 Tempat : Dewan PNK Perlis Selatan, Kuala Sungai Baru, Perlis Peserta : 50 orang pelajar nelayan PNK Kuala Perlis dan PNK Perlis Selatan Tema : Motivasi Menjana Minda Pelajar Nelayan Kearah Kecemerlangan Kerjasama : PNK Kuala Perlis dan PNK Perlis Selatan Program : Kelas Motivasi Pelajar Nelayan Tarikh : 18 April 2009 Tempat : Dewan PNK Kuala Selangor Peserta : 50 orang pelajar nelayan PNK Kuala Selangor Tema : Motivasi Menjana Minda Pelajar Nelayan Kearah Kecemerlangan Kerjasama : PNK Kuala Selangor ![]() |
|
| Terakhir dikemaskini ( Khamis, 06 Ogos 2009 ) |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|






