| Penajaan Majalah KUNTUM |
|
|
|
| Ahad, 12 Jun 2005 | |
|
Penajaan Langganan Majalah KUNTUM Untuk Pelajar Nelayan Termiskin ![]() Sukacita dimaklumkan pihak Yayasan Nelayan Malaysia ( YANEM ) telah menganjurkan Program Langganan Majalah KUNTUM ( terbitan Star Publication ) di mana senaskhah majalah KUNTUM akan di hantar terus kepada pelajar termiskin di kalangan nelayan setiap bulan bagi tempoh satu tahun. Untuk makluman, bermula Februari 2007 hingga Januari 2008 pihak YANEM telah menaja seramai 50 orang pelajar merangkumi seluruh negeri di Malaysia pada tahun ini. Objektif Program Bagi memupuk minat membaca di samping persediaan menduduki peperiksaaan UPSR 2007 di kalangan pelajar terbabit. Cara Sumbangan Syarikat atau Individu yang berminat menyumbang bolehlah berbuat demikian dengan menyumbang RM 10.00 bagi menaja seorang pelajar nelayan untuk langganan KUNTUM selama setahun. Semua sumbangan berbentuk Cek/ Deraf Bank hendaklah ditulis atas nama “ YAYASAN NELAYAN MALAYSIA” dan dihantar ke :- Yayasan Nelayan Malaysia ( YANEM ) 152, Tingkat Tiga, Jalan2/3 A, Pusat Bandar Utara, Km 12 Off Jalan Ipoh, 68100 Kuala Lumpur. YANEM mengalu-alukan sebarang perbincangan lanjut atau cadangan balas pihak tuan ke arah menjayakan program YANEM. Sebagai makluman, semua sumbangan kewangan adalah dikecualikan Cukai Pendapatan LHDN menerusi Warta Kerajaan No. 5551 Sesungguhnya segala komitmen,sumbangan dan budi baik pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. |
|
| Terakhir dikemaskini ( Rabu, 07 Mac 2007 ) |
| Seterusnya > |
|---|
Langganan KUNTUM 




