| Sumbangan Membiayai YANEM |
|
|
|
| Ahad, 12 Jun 2005 | |
|
Sumbangan Membiayai Yayasan Nelayan Malaysia ( YANEM ) Adalah dimaklumkan bahawa Yayasan Nelayan Malaysia atau nama ringkasnya YANEM telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Abdullah Badawi pada 29 Julai 1999 untuk meningkatkan taraf hidup kehidupan masyarakat nelayan yang umumnya masih memerlukan pembelaan semua pihak. Penubuhan YANEM antaranya bertujuan untuk : a) Menggalak, mendidik, memaju dan membantu dalam kemajuan pendidikan melalui pemberian dermasiswa, bantuan kewangan serta kemudahan latihan atau persekolahan kepada anak-anak masyarakat nelayan yang layak khususnya di kalangan termiskin. b) Memberi bantuan kepada golongan miskin, cacat,anak yatim, balu, ditimpa malapetaka, kemalangan serta mereka yang memerlukan bantuan di kalangan masyarakat nelayan bagi mengurangkan kesengsaraan hidup. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan program adalah bergantung kepada sumber sumbangan atau derma daripada badan-badan kerajaan / swasta atau individu dari semasa ke semasa. Bagi menjayakan program-program YANEM, kami merayu agar dapatlah pihak organisasi tuan menhulurkan sumbangan berbentuk kewangan atau keperluan peralatan pendidikan, tajaan dan seumpamanya kepada YANEM. Dengan cara ini, aktiviti YANEM akan dapat dilaksanakan dan seterusnya disalurkan kepada masyarakat nelayan yang terlibat.
Cara SumbanganSemua sumbangan berbentuk Cek/ Deraf Bank hendaklah ditulis atas nama “ YAYASAN NELAYAN MALAYSIA” dan dihantar ke Yayasan Nelayan Malaysia ( YANEM ) 152, Tingkat Tiga, Jalan2/3 A, Pusat Bandar Utara, Km 12 Off Jalan Ipoh, 68100 Kuala Lumpur. YANEM mengalu-alukan sebarang perbincangan lanjut atau cadangan balas pihak tuan ke arah menjayakan program YANEM. Sebagai makluman, semua sumbangan kewangan adalah dikecualikan Cukai Pendapatan LHDN menerusi Warta Kerajaan No. 5551 Sesungguhnya segala komitmen, sumbangan dan budi baik pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. |
|
| Terakhir dikemaskini ( Rabu, 07 Mac 2007 ) |
| < Prev |
|---|
Sumbangan Derma 



