| Sepintas Lalu |
|
|
|
| Ahad, 12 Jun 2005 | |
![]() Kepada mantan peserta 'Program Motivasi Kepimpinan Siswa Nelayan', anda dipersilakan mengemaskinikan maklumat kerjaya, telefon dan alamat terkini untuk rekod YANEM. YANEM – SEPINTAS LALU Kehidupan masyarakat nelayan di negara ini umumnya masih dikaitkan dengan aspek kemunduran dan kemiskinan.Pada realitinya, golongan nelayan adalah sumber tenaga manusia yang penting dan berpotensi besar untuk dimajukan secara lebih agresif, kompetitif dan berdaya saing seiring dengan arus perdana, Wawasan 2020. Menyedari tuntutan tersebut, nasib warga nelayan sewajarnya dibela secara berterusan untuk menggilap segala potensi yang sedia wujuddi kalangan masyarakat nelayan khusunya generasi muda nelayan.Segala usaha digembleng bagi merealisasikan satu wadah perjuangan membela nasib masyarakat nelayan kita secara berfokus dan terancang, akhirnya hasil kerjasama pelbagai pihak tertubuhlah sebuah organisasi yang di maksudkan, iaitu Yayasan Nelayan Malaysia atau ringkasnya YANEM. YANEM telah ditubuhkan pada 21 Jun 1999 seterusnya dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi pada 29 Julai 1999.
Objektif utama penubuhan YANEM adalah seperti berikut :
YANEM telah membentuk satu misi yang jelas, iaitu “ Menjana Segala Potensi Kemajuan Pendidikan Generasi Nelayan Dan Mengembleng Seluruh Usaha, Golongan Nelayan Bagi Mencapai Kemajuan Selaras Dengan Arus Pembangunan Negara” bagi mencapai matlamat penubuhanya. Pernyataan misi ini diperkukhkan lagi dengan slogan YANEM yang berbunyi “ Berbakti Membina Masyarakat Dan Negara” Pihak YANEM telah menjalankan aktivitinya dengan beberapa program teras termasuklah Bantuan Pendidikan dan Bantuan Am. Antara bantuan dan program yang telah dilaksanakan ialah Pembiayaan YuranKemasukan Ke –IPTA, Kemudahan Peralatan Persekolahan , Kelas / Kem / Kursus Motivasi, Khairat Kematian dan Sumbangan Bencana / Malapetaka. YANEM juga sentiasa bekerjasama dengan beberapa pihak sama ada kerajaan, swasta atau pun organisasi kebajikan lain bagi menjalankan aktiviti yang melibatkan warga nelayan secara usahasama. Antara aktiviti berkaitan yang telah dijalankan termasuklah Program Bakti Siswa, Kursus Kejurulatihan dan Program Rakan Muda. Selaku badan kebajikan dan social kepada masyarakat nelayan di seluruh negeri,tanggungjawab YANEM amatlah berat dan tidak mungkin mampu memikulnya bersendirian. Oleh itu, sewajarnya tanggungjawab tersebut dipikul secara bersama oleh semua pihak.amatlah dialu-alukan bagi menjamin kesinambungan YANEM sehinggalah mencapai hasrat murni seperti yang telah digariskan. |
|
| Terakhir dikemaskini ( Selasa, 20 Oktober 2009 ) |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|





